DIPLOMA PERAKAUNAN

Kerjaya dalam Bidang Perakaunan
Tambah kapsyen

Bidang perakaunan dipercayai merupakan profesion kedua tertua di dunia. Semua organisasi memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun syarikat mereka. Tugas akauntan adalah menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga ditugaskan untuk mengira kos dan keuntungan serta mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai dan pengurusan pekerja.


Bidang Utama Kerjaya Perakaunan

Audit - Merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya ini melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet - Bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Kerjaya ini memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan - Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam membuat keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan dan juga yang melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat pekerja, perancangan serta kewangan jangka panjang.


Pengurusan Perakaunan - Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama kerjaya ini termasuklan menyediakan analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.


Cukai - Menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Kerjaya ini memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

Kebanyakkan orang berfikir bahawa sekiranya mengambil jurusan perakaunan semestinya akan menjadi seorang akauntan suau hari nanti. Memang benar sekiranya mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan, anda boleh menjadi seorang akauntan umum memandangkan ia merupakan satu daripada banyak pilihan yang ada. Sebenarnya, terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan yang boleh diceburi selain menjadi seorang akauntan.

Antara bidang lain yang boleh diceburi dalam kerjaya perakaunan.

Financial (Kewangan)
Preparation Finance Statement
Analysis Finance
Auditing
Regulatory
Consulting
Planning
Criminal Investigation

Managerial (Pengurusan)
General Accounting
Cost Accounting
Budgeting
Internal Auditing
Consulting
Controller
Treasurer

Taxation (Cukai)
Preparation Planning
Regulatory
Investigations
Consulting
Enforcement
Legal Services
Estate Plans

Accounting-Related
Lenders
Consultants
Analysis Traders
Directors
Underwriters
Planners
Appraisers
FBI Investigators
Market Researches
System Designers
Merger Service
Business Valuation
Forensic Accounting
Litigation Support
Entrepreneurs



" Sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan, kita bukan sahaja diajar tentang akaun semata-mata tetapi juga diajar ilmu ekonomi, perniagaan, matematik dan juga agama. Jadi, selain menjadi seorang akauntan, kita juga boleh menjadi macam-macam. "


DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT


Diploma Teknologi Maklumat akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan, pembangunan perisian, penyelengaraan sistem komputer dan penyelesaian masalah rangkaian setempat. Program ini juga menyediakan pelajar untuk menceburi bidang kerja yang berkaitan seperti di bidang kejuruteraan dan sains komputer kerana pelajar akan didedahkan kepada kesemua aspek penting di bidang pembangunan perisian seperti JAVA, C#, C++, NET, dan XML.

MATLAMAT KURSUS
  • Menyediakan pelajar dengan pemahaman komprehensif serta dapat menerap kemahiran yang berhubung dengan prinsip dan teknik kejuruteraan perisian
  • Membolehkan pelajar memilih amalan yang bersesuaian untuk aplikasi rekabentuk dan pembangunan perisian
  • Membangunkan para pelajar IT yang profesional, pintar, rajin dan cekap yang boleh menyumbang kepada sektor teknologi maklumat di Malaysia

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pengaturcara, Pembangun Laman Web, Pengurus Pangkalan Data, Eksekutif IT dan sebagainya.

SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit termasuk Matematik

JANGKAMASA:
8 Semester



Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Pernahkah anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar Teknologi Maklumat? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan Teknologi Maklumat sama ada IPTA atau IPTS.

Peluang pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat Pada masa kini permintaan yang tinggi dalam bidang terknologi maklumat telah membantu ramai graduan-graduan dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, kejuruteraan Perisian dan lain-lain untuk mendapat peluang pekerjaan dalam sistem maklumat adalah terbaik. Terdapat banyak pekerjaan dalam sistem maklumat yang boleh dipertimbangkan. Antaranya ialah juruanalisis sistem, pengurus Web, pentadbir pangkalan data, pengaturcara, pengurus rangkaian, penulis teknikal dan jurulatih komputer. dibawah saya sertakan antara bidang-bidang yang menjadi pilihan organisasi dalam industri IT

Info kali ini saya akan memperjelaskan 5 kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS. Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 – 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer 

(Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).
 Berikut adalah 9 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :


1) Juruanalisis Sistem
Pekerjaan ini amat diperlukan dan ia dijangka meningkat dua kali ganda pada tahun 2005.
 Antara tugasnya;
  •   Bekerjasama dengan individu lain dalan organisasi untuk menilai keperluan maklumat.
  •  Merekabentuk perisian dan perkakasan komputer untuk memenuhi keperluan Melaksanakan sistem maklumat.
2) Pengurus Web
Salah satu perkerjaan terbaru dan mendapat permintaan tinggi.
 Antara tugasnya;
  •  merekabentuk, membina, mengawas dan menilai halaman Web korporat. Kepentingan dan permintaan terhadap pengurus Web akan terus bertambah berikutan perlaksanaan intranet dan extranet dalam organisasi.
  • Kemahiran – gabungan antara kemahiran teknik Internet dalam kepakaran merekabentuk susun atur.

3) Pentadbir Pangkalan Data
  • Peranannya dalam sesebuah organisasi besar adalah kritikal.
  • Bertanggungjwab menstruktur, menyelaras, menggabung dan mengemaskini pangkalan data dalaman.
  • Terlibat dalam memilih dan mengawasi pangkalan data luaran termasuk pangkalan data Internet.

4) Pengaturcara
  •  Satu perkerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Antara Tugasnya;
  •  merekabentuk perisian baru atau menyemak semula atur cara sedia ada.
5) Penulis Teknikal
Antara Tugasnya;
  •   menulis penerangan bagaimana aturcara komputer berfungsi.
  •  Bekerja rapat dengan juruanalisis sistem dan pengguna, untuk mendokumen sistem maklumat dan menghasilkan manual pengguna yang ditulis dengan jelas.


6) Pengurus Rangkaian
  •  Hampir kesemua sistem maklumat sesebuah organisasi disambungkan ke rangkaian.
 Antara Tugasnya;
  •  Menentukan maklumat sedia ada dan sistem komunikasi beroperasi dengan berkesan, dan melaksana sistem komunikasi baru jika perlu.

  • Kepentingan pekerjaan ini dalam kebanyakan organisasi meningkat dengan mendadak setelah Internet memainkan peranan yang lebih besar dalam komunikasi korporat.
  • Bertanggungjawab menentukan keselamatan komputer dan rahsian individu.

 7) Pereka bentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
  • Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. 
  • Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. 
  • Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini. 

8) Jurulatih Komputer
  •   Langkah utama dalam merekabentuk sistem maklumat baru ialah menyedia dan melatih pengguna. 
Antara Tugasnya;
  • menyediakan kelas latihan untuk pengguna dan memberi peluang mereka menjelajah sistem baru, menanya soalan dan mencuba fungsi umum. 
 9) Jurutera Rangkaian
  • Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian. 


DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN


Diploma Pengurusan Perniagaan diperkenalkan bagi melahirkan pelajar dengan pengetahuan asas pengurusan perniagaan merangkumi semua aspek kemahiran asas dan teori yang secukupnya bagi pelajar untuk mempelajari teknik dan konsep berkaitan dalam bidang ini. Program ini adalah sesuai untuk pelajar yang berminat untuk menceburi karier di bidang perniagaan. Selain itu program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kajian perniagaan serta membina pemikiran yang kritis dalam prinsip dan amalan pengurusan perniagaan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berinovatif dan berdaya usaha dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Projek pengurusan perniagaan turut menyediakan pelajar dengan pengalaman yang bernilai untuk menjadi asas bagi memulakan perniagaan serta mewujudkan pekerja proaktif dalam sebuah organisasi korporat.

MATLAMAT KURSUS
  • Melengkapkan pelajar dengan konsep asas perniagaan, pengurusan sumber manusia, tingkah laku organisasi dan pengurusan yang berinovasi
  • Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam komunikasi, penulisan laporan dan pembentangan kertas kerja
  • Meningkatkan kecekapan pelajar dalam penyelesaian permasalahan korporat secara efektif dan beretika
  • Mengasah kemahiran pelajar menganalisa dan menentukan faktor yang diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan produktif dalam sebuah organisasi korporat

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Penolong Pengurus Produk, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pegawai Bank, Penasihat Perniagaan, Pengurus Operasi Eksekutif, Pengurus Pembelian Barangan dan sebagainya.

SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit di dalam mana-mana mata pelajaran
JANGKAMASA:
8 Semester


Kerjaya sebagai Pengurus Perniagaan
Pernahkah anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar Pengurus Perniagaan? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan Pengurus Perniagaan  sama ada IPTA atau IPTS.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan Perniagaan (Diploma) menyediakan mereka untuk memegang jawatan sebagai penolong pengurus di dalam organisasi perniagaan. Latihan yang diberikan merangkumi kemahiran dan pengetahuan am dan asas dalam pelbagai aspek teori dan amali bidang pengurusan yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan.

Di dalam suasana perniagaan global dan serba mencabar, Pengurusan perniagaan juga menerapkan pengetahuan ilmu perniagaan yang mantap dalam selok-belok pengurusan, serta aspek ekonomi, kewangan, perundangan dan pemasaran dalam mengendalikan sebuah firma perniagaan yang moden. Pembelajaran yang diberikan menerapkan aspek amali dalam pengurusan perniagaan supaya pelajar dapat menghayati keadaan dan suasana sebenar dalam mengurus sebuah perniagaan. Ia bertujuan melahirkan graduan yang bakal berjaya sebagai seorang pengurus ataupun seorang usahawan.

Adakah anda berminat menjadi seorang pengurus yang profesional dalam firma perniagaan?
Seorang pengurus yang dianggap berjaya dan berkesan memerlukan kemahiran dan latihan dalam teknik asas pengurusan perniagaan di dalam suasana perniagaan global yang serba mencabar.

Adakah anda berminat menceburi bidang pengurusan dalam sektor awam?
Sektor awam juga memerlukan kakitangan pengurusan yang terlatih dan mempunyai kemahiran berkomunikasi, menganalisis dan menyelesaikan masalah serta berfikiran secara kritikal.

Adakah anda bercita-cita menjadi seorang usahawan? 
Mereka yang bercita-cita menjadi seorang usahawan memerlukan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pengurusan perniagaan untuk berjaya dalam pasaran dan suasana perniagaan yang semakin mencabar.


DIANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Menghasilkan perancangan perniagaan
Anda merancang perniagaan syarikat supaya membawa kejayaan. Perancangan perniagaan merupakan rancangan sesuatu perniagaan bagi masa hadapan, mengagihkan sumber-sumber yang diperlukan, fokus kepada aspek-aspek penting perniagaan dan mengenalpasti peluang dan masalah perniagaan yang akan dihadapi.

Perancangan perniagaan bukan sahaja relevan bagi memulakan perniagaan baru atau bertujuan membuat permohonan pinjaman bank, malah penting bagi menguruskan sebuah perniagaan. Perniagaan memerlukan perancangan supaya berkembang dan membangun mengikut prioriti yang telah ditetapkan.

Mengurus atau menyelia jabatan
Sebagai sebarang penyelia atau pengurus jabatan, anda perlu menggembleng daya usaha pekerja di bawah jagaan anda supaya mencapaimatlamat dan sasaran jabatan. Mengurus atau menyelia memerlukan kepakaran merancang, mengatur, memimpin dan mengawal jabatan dan daya usaha supaya mencapai matlamat. Anda juga perlu bijak memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tenaga manusia, kewangan, teknologi dan juga sumber asli.

Menguruskan perniagaan francais
Apabila anda menjalankan perniagaan francais anda menggunakan model firma yang telah berjaya. Anda mempunyai minat untuk berjaya kerana anda ada kepentingan dalam francais tersebut. Anda boleh memulakan perniagaan dengan kadar segera berdasarkan jenama perniagaan yang dikenali dan sokongan perniagaan yang diberikan oleh syarikat francais. Namun perniagaan francais mempunyai syarat dan perjanjian tertentu yang perlu diambil kira.

Menjalankan perniagaan sendiri
Sebagai seorang usahawan, anda mengendalikan perniagaan sendiri dan menanggung risiko sama ada berjaya atau sebaliknya. Anda memerlukan dana kewangan yang mencuupi untuk berjaya selain daripada keperluan merancang pemasaran, pengurusan, serta aspek kewangan syarikat anda. Menjadi seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah dan ada risikonya. Sebaliknya, jika anda berjaya,ia sangat menguntungkan.

Prospek kerjaya
Bidang ini menawarkan peluang dalam pelbagai industri seperti:-

Pengurusan:
-Pentadbiran
-Pemasaran
-Kajian perniagaan
-Pengurus kewangan
-Penjual
-Sektor Awam
-Pembuatan
-Sumber Manusia
-Keusahawanan


Peluang Pekerjaan Sebagai :-
-Penolong Pengurus
-Pentadbir Pejabat
-Penyelia kilang
-Penjawat awam
-Pengawal latihan dan pembangunan
-Eksekutif Pembangunan Perniagaan
-Pentadbir projek
-Eksekutif kalwalan mutu
-Usahawan


DIPLOMA SENI REKA GRAFIK


Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah mengenai rekaan grafik. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kreatif berasaskan bahan cetak serta perisian grafik yang terkini. Penekanan diberikan bagi menentukan rekaan sesuai dan berkesan melalui penggunaan warna,unsur dominan,tipografi dan kemahiran pengeluaran untuk membuat rekabentuk serta susun atur yang berkesan bagi memenuhi kehendak industri masa kini. Penekanan juga tertumpu kepada cara penyelesaian masalah grafik dan mempelajari estetik tipografi. Pelajar akan menyediakan portfolio untuk tujuan penilaian profesional.


MATLAMAT KURSUS
  • Menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang grafik dan komunikasi visual
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dengan kebolehan kreatif melalui penerapan intensif mengenai teknik dan alatan grafik
  • Pemahaman pelajar mengenai penggunaan komunikasi visual dalam persekitaran media baharu
  • Membimbing pelajar dalam pengurusan proses rekaan kreatif
PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pereka Seni Grafik,Animator,Pereka Laman Web,Pengarah Seni dan sebagainya.

SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit di dalam mana-mana mata pelajaran, lulus Seni atau temuduga untuk ujian melukis oleh CICT

JANGKAMASA: 2 Tahun 8 Bulan / 8 Semester



Kerjaya Sebagai Reka Grafik Berkomputer

KERJAYA sebagai Seni Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.

Diploma Seni reka Grafik (Graphic Design) menggabungkan kreativiti dan konsep di dalam bidang industri rekaan grafik yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan memperolehi pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari dari subjek-subjek berbentuk teori dan prinsip rekaan, teknik lukisan dan ilustrasi, kemahiran mengendalikan perisian komputer, pengembangan idea, konsep rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam seni reka grafik.

Seni Reka Grafik berkomputer sesuai bagi:-
Mereka yang berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri
 Berkemampuan untuk menggabungkna kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik Berkemampuan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.

ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI


Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari teknik lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik yang sejajar dengan kehendak industri.

Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk menghasilkan hasil kerja grafik.

Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran, membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan, peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan efektif di dalam sesuatu penerbitan.

Rekaan Korporat
Mempelajari tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem identiti korporat mereka.

Prospek Kerjaya
Graduan bereluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Angensi Pengiklanan
- Syarikat Penerbitan
- Syarikat komputer animasi
- Syarikat produksi media baru (New Media)
- Rekaan editorial
- Agensi Penyiaran
- Agensi Kerajaan
- Syarikat pengurus acara (event management) dan pameran (exhibition)

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pereka Grafik dan Multimedia
- Jurufoto
- Visualiser dan illustrator
- Perancang Media
- Artis papan cerita
- Pereka Laman Web
- Pereka Grafik Berkomputer
- Illustrator
- Pereka Animasi
- Pereka Dalaman Syarikat



DIPLOMA SENI PASTRI




Diploma Seni Pastri menyediakan pelajar dengan latihan praktikal dalam pengeluaran makanan bagi membangunkan nilai profesionalisme dan kecemerlangan dalam akademik. Pelajar-pelajar dibangunkan dengan kemahiran dalam pembuatan bakeri dan pastri, kawalan kos, sanitasi dan nutrisi pemakanan serta ilmu pemasaran. Pendedahan secara "hands-on" diselaraskan juga dengan kursus-kursus akademik yang konvensional bagi memberi kesan terhadap pengajian yang dinamik sekaligus memastikan graduan menepati kehendak industri.

MATLAMAT KURSUS
  • Membina kemahiran asas dalam komponen pembakaran dan memahami secara mendalam aspek teori yang menggariskan kompetensi di dalam bidang tersebut. 
  • Menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh tentang seni pastri dan bakeri serta mengkhusus di dalam operasi kulinari.
  • Mewujudkan kesedaran terhadap industri hospitaliti dan membangunkan kemahiran praktikal yang dikehendaki termasuklah dipersiapkan memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pasukan dalam operasi kedai pastri.
  • Membangunkan pelajar dengan kemahiran meluas untuk jawatan di peringkat permulaan selain mengkaji semula prinsip pengurusan industri.


Kerjaya Sebagai Seni Pastri & Bakeri ( chef )

Kerjaya sebagai Chef. Jika kamu berminat untuk menyediakan makanan manisan sebagai satu karier, terdapat banyak peluang pekerjaan, dan salah satu karier ialah menjadi seorang chef. Seorang chef ialah seorang yang ghairah terhadap makanan, dan melihat orang ramai menyukai makanan manisan adalah kepuasan tertinggi.
Kerjaya ini memberi kepuasan bagi mereka yang benar-benar menikmati dan mencintai makanan manisan. Dapat meneroka kreativiti sendiri melalui makanan, Kerjaya yang lumayan kerana permintaan yang tinggi terutamanya di sektor perhotelan.


Apa itu Seni Bakeri dan Pastri?
Bakeri dan Pastri merupakan pengalaman amali komprehensif dalam semua komponen pembakaran produk dan merangkumi unit-unit mengenai semua aspek dari roti dan kek kepada konfeksi dan juadah pencuci mulut.

Diploma Bakeri dan Pastri memprihatinkan bidang seni bakeri, pastri, kemahiran kulinari serta aspek praktikal dan teori. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada suasana kerjaya sebenar yang akan menggarap sikap dan pengetahuan profesional dalam industri ini. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


 Program ini mempunyai lima kelebihan:-
  • Pendedahan kepada seni bakeri dan pastri secara menyeluruh 
  • Pembelajaran praktikal menyeluruh 
  • Kurikulum yang mekankan kepada asas-asas penting bakeri dan pastri 
  • Membina minat dan semangat dalam bidang bakeri dan pastri 
  • Membuka peluang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri selepas belajar dalam 2 tahun setengah

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Seni pastri ini sesuai bagi pelajar yang mempunyai:-
  • Keinginan mencarta kejayaan dalam seni bakeri dan pastri 
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Pastri dan Produk Konfeksi
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada penggunaan teknik membuat produk bukan-yis, seperti doh berlamina dan penyediaan produk pastri menggunakan pelbagai cara-laminasi, pengadunan, pengkriman (creaming), pembusaan (foaming) dan pemekatan (thickening).

Pelajar juga dilatih menggunakan kombinasi kaedah yang dipelajari untuk menghasilkan produk baru yang menyelerakan. Ini dilakukan dengan menggunakan proses saduran, pengisian pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Selain itu, pelajar dididik untuk merasa dan mengkritik juadah yang mereka hasilkan.

Seni Konfeksi dan Kek Majlis Istimewa
Kursus ini menyediakan pelajar dengan latihan praktikal menggunakan peralatan untuk merekabentuk rupa kek majlis perkahwinan. Pelajar akan dididik bagaimana melakarkan rekabentuk dan membuat kek bertingkat, kek pelbagai lapis dan kolum (column) serta kek novelti. pelajar juga diajar cara-cara menyaluti kek dengan mentega krim dan fondant. Pelajar akan dilatih membuat fondant ros, daun, simpulan dan riben. Mewarna dan menaruh rasa pada krim dan mentega juga diajar.

Bakeri dan Produk Farmentasi
Berdasarkan pengetahuan yang didapati sebelumnya, pelajar belajar mengadun, membentuk, membakar, menyimpan dan mengedar roti dan rol. Mereka akan ditunjukajar bagaimana bekerja dengan sistematik dan profisien untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dalam jangkamasa yang ditetapkan. Penekanan akan diberi kepada peningkatan penggunaan metod fermentasi tradisional, peralatan dan kaedah yang mengutamakan rasa, tekstur dan rupa bentuk serta teknik untuk meningkatkan hayat simpanan.

Membuat roti berseni
Kursus ini memfokus kepada membuat roti pelbagai jenis- daripada roti yis dan segera kepada doh berlamina serta roti antarabangsa dan sarapan pagi. Pelajar akan mendalami perbezaan di antara pembuatan roti artisan dan roti komersil.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hotel
- Resort
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Kafeteria
- Dapur perkhidmatan makanan

Peluang pekerjaan sebagai :
- Pembuat roti Berseni
- Pemilik Kafe
- Pemilik kedai roti
- Chocolater
- Katerer
- Perancang Kafe
- Pembuat Roti
- Chef Commis
- Chef Pastry





DIPLOMA MULTMEDIA


Diploma Aplikasi Mutlimedia dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pembangunan kandungan multimedia dan aspek kreativiti dalam pengurusan serta penghasilan produk berkaitan dengan multimedia. Pelajar akan mendapat latihan praktikal,kreatif dan kemahiran berkomunikasi dalam merancang rekabentuk dan binaan dalam aplikasi multimedia interaktif. Pelajar akan berpeluang mengaplikasikan pengetahuan menerusi kertas kerja dan latihan praktikal menggunakan pengimejan 2D dan 3D,animasi,digital dan audio.Pelajar turut diberikan kemahiran mengenai prinsip pengurusan dan pembangunan multimedia.

MATLAMAT KURSUS
  • Melahirkan graduan kreatif di bidang multimedia
  • Melengkapkan graduan dengan kepelbagaian pengetahuan disiplin lain dalam penghasilan media yang kreatif
  • Melahirkan graduan yang dapat menyelesaikan masalah kreatif dan mengaplikasikannya dalam kerjaya di masa depan


PELUANG PEKERJAAN
  
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pembangun Multimedia,Pembangun Animasi,Pembangun Laman Web,Pakar Videao dan sebagainya.


SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran

JANGKAMASA: 2 tahun 8 bulan / 8 Semester


PELUANG PEKERJAAN
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pembangun Multimedia,Pembangun Animasi,Pembangun Laman Web,Pakar Videao dan banyak lagi.


Kerjaya dalam Multimedia
Multimedia Kreatif merupakan satu industri yang sangat menarik. Industri ini sentiasa berkembang dan segala perkembangannya sentiasa dinantikan oleh khalayak umum. Kini, industri Kreatif Multimedia semakin membina tapak sebagai salah satu industri paling mendapat perhatian di dunia, dengan prospek pengiklanan, animasi hinggalah ke permainan komputer, penerbitan dan juga media interaktif. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keistimewaan industri Multimedia Kreatif ini terletak pada kebolehannya mengadun teknologi dan seni dengan harmoni di dalam satu industri.

Peluang dalam industri Multimedia Kreatif sangatlah luas, dengan aliran sekarang menjurus kepada perfileman, pembangunan permainan video dalam pelbagai platform, kandungan beranimasi di televisyen, pembangunan aplikasi bimbit untuk peranti Internet mudah alih. Bakat baru sentiasa dinantikan di dalam industri ini dan MSC Malaysia mengalu-alukan setiap minda kreatif untuk mencapai potensi maksimum mereka bersama MSC Malaysia.
Industri Multimedia Kreatif bukan setakat hiburan semata-mata. Segalanya mungkin dengan bantuan MSC Malaysia yang berazam melahirkan pencipta teknologi kreatif bertaraf dunia yang berani menyahut cabaran meneroka industri ini.

Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

  • Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. 
  • Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. 
  • Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini. 



PENGAMBILAN PELJAR BARU BAGI SESI JULY 2017 KINI DI BUKA. PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

 ( Sesi July 2017 )

7 TAWARAN PLATINIUM YANG MESTI DI REBUT SEKARANG !!!

<<< TERHAD 20 PELAJAR SAHAJA >>>

Pendaftaran pelajar baru Kolej Cosmopoint Sabah kini telah dibuka untuk sesi pengajian 2017. Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka adalah dipelawa untuk mengambil peluang ini.

Pengambilan (intake) pelajar baru di Kolej Cosmopoint Sabah yang terdekat ialah pada Intake July 2017. Pelajar yang berminat bolehlah mendaftar sekarang !

Kolej Cosmopoint Sabah adalah salah satu kolej swasta berkaitan kerajaan yang terbaik di Sabah kerana menyediakan para graduan yang mudah mendapat pekerjaan selepas menghabiskan pengajian mereka. Ini kerana Kolej Cosmopoint Sabah bukan sahaja menyediakan pembelajaran yang diperlukan oleh pihak industri dan majikan tetapi juga kolej ini mempunya hubungan rapat dengan industri-industri yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.



Pihak pengurusan Kolej Cosmopoint Sabah contohnya mempunyai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan hotel-hotel bertaraf 5 bintang di Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia.

Hasilnya pelajar Cosmopoint Kolej akan terus ditawarkan tempat untuk praktikal dan pekerjaan oleh industri berkaitan sejurus mereka menghabiskan pengajian mereka di Cosmopoint Kolej Sabah.

Antara hotel-hotel dan industry yang mempunyai MoU dengan Kolej Cosmopoint Sabah ialah Hotel Ming Garden, Promenade Hotel, Avangio Hotel, Genting Resort, Grand Dorsett Labuan, Grandis Hotel, MATTA, Hyatt Hotel dan Burger King. Senarai ini tentunya akan bertambah hasil usaha agresif pihak pengurusan Kolej Cosmopoint Sabah dalam usaha membuka peluang kepada pelajarnya memulakan career mereka pada masa akan datang.


Kolej Cosmopoint Sabah juga mempunyai kerjasama dengan University Central Lancashire (UCLAN) di United Kingdom (UK) yang mana pelajar lepasan Cosmopoint Kolej akan ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan masa yang lebih singkat dan menjimatkan.

Pada masa ini adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Kolej Cosmopoint Sabah adalah yang terbaik  antara semua kolej di Sabah.  Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Kolej Cosmopoint Sabah boleh mendaftar secara online di ===> http://bit.ly/2nBW3Td 

ANTARA PROGRAM DIPLOMA YANG DI TAWARKAN:


DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT 
DIPLOMA PERAKAUNAN 
DIPLOMA SENI PASTRI
DIPLOMA SENI KULINARI
DIPLOMA MULTIMEDIA
DIPLOMA GRAFIK BERKOMPUTER
DIPLOMA E-KESETIAUSAHAN
DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN




SYARAT KELAYAKAN: 
LULUS SPM ( termasuk subject BM & SEJARAH )
MINIMA 3 KREDIT ( dalam mana-mana subject )


Untuk pendaftaran awal sila whatsapp/sms
<NAMA><KEPUTUSAN SPM><DAERAH><NO HP> dan Hantar ke 01120800773 

Untuk berhubung terus dengan admin sila klik link wasap :  http://www.wasap.my/601120800773

BANTUAN
Pelajar yang memilih Cosmopoint College sebagai landasan merealisasikan impian mereka akan mendapat bantuan khidmat nasihat dan bantuan pinjaman kewangan. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

° Yuran Pendaftaran (Serendah RM50 (bergantung kepada jenis pilihan diploma)
° Hostel / Asrama (Percuma (bergantung promosi pengambilan semasa)
° Biasiswa (Diberikan dalam bentuk pengurangan jumlah Yuran Pengajian)
° Baitulmal / Zakat (Bantuan Pendahuluan RM 1000 -Tertakluk terma & syarat)
° Bantuan Pinjaman (PTPTN, MARA, Yayasan Sabah, BKNS -Tertakluk terma & syarat)

> Hostel disediakan (percuma)
> Pengangkutan
> Pinjaman PTPTN
> Pinjaman MARA
> Baitulmal/Zakat
> Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) (Tertakluk terma dan syarat).
> Derma Siswa Yayasan Sabah (Tertakluk terma dan syarat).


10 Sebab Pilih Kolej Cosmopoint
1) SEBUAH ORGANISASI YANG TELAH MENCAPAI PELBAGAI ANUGERAH TERMASUK ANUGERAH STATUS MSC DAN ENTERPRISE 50

2) FASILITI YANG CANGGIH TERMASUK MAKMAL KOMPUTER DAN MULTIMEDIA YANG INTERAKTIF, KEMUDAHAN WIFI, BENGKEL DAN SEBAGAINYA.

3) KURIKULUM KAMI YANG RELEVAN DENGAN KEHENDAK INDUSTRI MEMBERI PERSIAPAN TERBAIK BAGI MENCEBURI DUNIA PEKERJAAN.

4) RANGKAIAN KAMPUS KAMI DI SELURUH NEGARA MENJANJIKAN KURSUS PENGAJIAN YANG BERKUALITI DENGAN YURAN BERPATUTAN DI LOKASI YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA.

5) PROGRAM KAMI DIIKTIRAF OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

6) KURSUS-KURSUS YANG BERORIENTASIKAN KERJAYA MENEKANKAN PEMBELAJARAN SECARA PRAKTIKAL DAN "HANDS-ON' SESUAI DENGAN BIDANG PEKERJAAN YANG DICEBURI.

7) KAMI MENGGUNAKAN PERISIAN DAN TEKNOLOGI IT BERDASARKAN KEHENDAK INDUSTRI BAGI MEMASTIKAN PELAJAR KAMI MENEPATI KEHENDAK PASARAN.

8) JAMINAN LALUAN KE PERINGKAT IJAZAH DI  KOLEJ UNIVERSITI METROPOLITAN  KUALA LUMPUR (KLMUC), UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA.

9) BANTUAN KEWANGAN SEPENUHNYA DARIPADA INSTITUSI KEWANGAN SEPERTI MARA DAN PTPTN.

10) LEBIH DARIPADA 90% GRADUAN COSMOPOINT BERJAYA MENDAPATKAN PEKERJAAN DALAM TEMPOH ENAM BULAN SEBAIK TAMAT PELAJARAN. 




7 TAWARAN PLATINIUM MENANTI ANDA:
Ø YURAN PENGAJIAN YANG TERMURAH
Ø YURAN PENDAFTARAN SERENDAH RM50(bergantung program yang di ambil)
Ø PERCUMA HOSTEL/ASRAMA SEHINGGA TAMAT PENGAJIAN
Ø PEMBIAYAAN PTPTN DI SEDIAKAN
Ø BAITUMAL ZAKAT
Ø PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Ø BIASISWA DI SEDIAKAN (terma & syarat)


DAPATKAN SURAT TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI PENGAMBILAN JULY 2017 YANG SAH HANYA DARI KAMI SEKARANG. 
SILA KLIK LINK INI SEKARANG ==> http://bit.ly/2oji7Ty


ALAMAT CAMPUS UTAMA
COSMOPOINT COLLEGE
WISMA TIMES
JLN TUARAN BYPASS
KOTA KINABALU
SABAH


untuk sebarang pertanyaan sila
 KLIK LINK WHATSAPP INI SEKARANG:

http://www.wasap.my/601120800773