DIPLOMA SENI PASTRI




Diploma Seni Pastri menyediakan pelajar dengan latihan praktikal dalam pengeluaran makanan bagi membangunkan nilai profesionalisme dan kecemerlangan dalam akademik. Pelajar-pelajar dibangunkan dengan kemahiran dalam pembuatan bakeri dan pastri, kawalan kos, sanitasi dan nutrisi pemakanan serta ilmu pemasaran. Pendedahan secara "hands-on" diselaraskan juga dengan kursus-kursus akademik yang konvensional bagi memberi kesan terhadap pengajian yang dinamik sekaligus memastikan graduan menepati kehendak industri.

MATLAMAT KURSUS
  • Membina kemahiran asas dalam komponen pembakaran dan memahami secara mendalam aspek teori yang menggariskan kompetensi di dalam bidang tersebut. 
  • Menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh tentang seni pastri dan bakeri serta mengkhusus di dalam operasi kulinari.
  • Mewujudkan kesedaran terhadap industri hospitaliti dan membangunkan kemahiran praktikal yang dikehendaki termasuklah dipersiapkan memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pasukan dalam operasi kedai pastri.
  • Membangunkan pelajar dengan kemahiran meluas untuk jawatan di peringkat permulaan selain mengkaji semula prinsip pengurusan industri.


Kerjaya Sebagai Seni Pastri & Bakeri ( chef )

Kerjaya sebagai Chef. Jika kamu berminat untuk menyediakan makanan manisan sebagai satu karier, terdapat banyak peluang pekerjaan, dan salah satu karier ialah menjadi seorang chef. Seorang chef ialah seorang yang ghairah terhadap makanan, dan melihat orang ramai menyukai makanan manisan adalah kepuasan tertinggi.
Kerjaya ini memberi kepuasan bagi mereka yang benar-benar menikmati dan mencintai makanan manisan. Dapat meneroka kreativiti sendiri melalui makanan, Kerjaya yang lumayan kerana permintaan yang tinggi terutamanya di sektor perhotelan.


Apa itu Seni Bakeri dan Pastri?
Bakeri dan Pastri merupakan pengalaman amali komprehensif dalam semua komponen pembakaran produk dan merangkumi unit-unit mengenai semua aspek dari roti dan kek kepada konfeksi dan juadah pencuci mulut.

Diploma Bakeri dan Pastri memprihatinkan bidang seni bakeri, pastri, kemahiran kulinari serta aspek praktikal dan teori. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada suasana kerjaya sebenar yang akan menggarap sikap dan pengetahuan profesional dalam industri ini. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


 Program ini mempunyai lima kelebihan:-
  • Pendedahan kepada seni bakeri dan pastri secara menyeluruh 
  • Pembelajaran praktikal menyeluruh 
  • Kurikulum yang mekankan kepada asas-asas penting bakeri dan pastri 
  • Membina minat dan semangat dalam bidang bakeri dan pastri 
  • Membuka peluang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri selepas belajar dalam 2 tahun setengah

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Seni pastri ini sesuai bagi pelajar yang mempunyai:-
  • Keinginan mencarta kejayaan dalam seni bakeri dan pastri 
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Pastri dan Produk Konfeksi
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada penggunaan teknik membuat produk bukan-yis, seperti doh berlamina dan penyediaan produk pastri menggunakan pelbagai cara-laminasi, pengadunan, pengkriman (creaming), pembusaan (foaming) dan pemekatan (thickening).

Pelajar juga dilatih menggunakan kombinasi kaedah yang dipelajari untuk menghasilkan produk baru yang menyelerakan. Ini dilakukan dengan menggunakan proses saduran, pengisian pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Selain itu, pelajar dididik untuk merasa dan mengkritik juadah yang mereka hasilkan.

Seni Konfeksi dan Kek Majlis Istimewa
Kursus ini menyediakan pelajar dengan latihan praktikal menggunakan peralatan untuk merekabentuk rupa kek majlis perkahwinan. Pelajar akan dididik bagaimana melakarkan rekabentuk dan membuat kek bertingkat, kek pelbagai lapis dan kolum (column) serta kek novelti. pelajar juga diajar cara-cara menyaluti kek dengan mentega krim dan fondant. Pelajar akan dilatih membuat fondant ros, daun, simpulan dan riben. Mewarna dan menaruh rasa pada krim dan mentega juga diajar.

Bakeri dan Produk Farmentasi
Berdasarkan pengetahuan yang didapati sebelumnya, pelajar belajar mengadun, membentuk, membakar, menyimpan dan mengedar roti dan rol. Mereka akan ditunjukajar bagaimana bekerja dengan sistematik dan profisien untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dalam jangkamasa yang ditetapkan. Penekanan akan diberi kepada peningkatan penggunaan metod fermentasi tradisional, peralatan dan kaedah yang mengutamakan rasa, tekstur dan rupa bentuk serta teknik untuk meningkatkan hayat simpanan.

Membuat roti berseni
Kursus ini memfokus kepada membuat roti pelbagai jenis- daripada roti yis dan segera kepada doh berlamina serta roti antarabangsa dan sarapan pagi. Pelajar akan mendalami perbezaan di antara pembuatan roti artisan dan roti komersil.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hotel
- Resort
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Kafeteria
- Dapur perkhidmatan makanan

Peluang pekerjaan sebagai :
- Pembuat roti Berseni
- Pemilik Kafe
- Pemilik kedai roti
- Chocolater
- Katerer
- Perancang Kafe
- Pembuat Roti
- Chef Commis
- Chef Pastry