DIPLOMA PERAKAUNAN

Kerjaya dalam Bidang Perakaunan
Tambah kapsyen

Bidang perakaunan dipercayai merupakan profesion kedua tertua di dunia. Semua organisasi memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun syarikat mereka. Tugas akauntan adalah menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga ditugaskan untuk mengira kos dan keuntungan serta mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai dan pengurusan pekerja.


Bidang Utama Kerjaya Perakaunan

Audit - Merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya ini melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet - Bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Kerjaya ini memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan - Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam membuat keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan dan juga yang melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat pekerja, perancangan serta kewangan jangka panjang.


Pengurusan Perakaunan - Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama kerjaya ini termasuklan menyediakan analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.


Cukai - Menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Kerjaya ini memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

Kebanyakkan orang berfikir bahawa sekiranya mengambil jurusan perakaunan semestinya akan menjadi seorang akauntan suau hari nanti. Memang benar sekiranya mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan, anda boleh menjadi seorang akauntan umum memandangkan ia merupakan satu daripada banyak pilihan yang ada. Sebenarnya, terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan yang boleh diceburi selain menjadi seorang akauntan.

Antara bidang lain yang boleh diceburi dalam kerjaya perakaunan.

Financial (Kewangan)
Preparation Finance Statement
Analysis Finance
Auditing
Regulatory
Consulting
Planning
Criminal Investigation

Managerial (Pengurusan)
General Accounting
Cost Accounting
Budgeting
Internal Auditing
Consulting
Controller
Treasurer

Taxation (Cukai)
Preparation Planning
Regulatory
Investigations
Consulting
Enforcement
Legal Services
Estate Plans

Accounting-Related
Lenders
Consultants
Analysis Traders
Directors
Underwriters
Planners
Appraisers
FBI Investigators
Market Researches
System Designers
Merger Service
Business Valuation
Forensic Accounting
Litigation Support
Entrepreneurs



" Sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan, kita bukan sahaja diajar tentang akaun semata-mata tetapi juga diajar ilmu ekonomi, perniagaan, matematik dan juga agama. Jadi, selain menjadi seorang akauntan, kita juga boleh menjadi macam-macam. "