Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah mengenai rekaan grafik. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kreatif berasaskan bahan cetak serta perisian grafik yang terkini. Penekanan diberikan bagi menentukan rekaan sesuai dan berkesan melalui penggunaan warna,unsur dominan,tipografi dan kemahiran pengeluaran untuk membuat rekabentuk serta susun atur yang berkesan bagi memenuhi kehendak industri masa kini. Penekanan juga tertumpu kepada cara penyelesaian masalah grafik dan mempelajari estetik tipografi. Pelajar akan menyediakan portfolio untuk tujuan penilaian profesional.
MATLAMAT KURSUS
- Menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang grafik dan komunikasi visual
- Meningkatkan pemahaman pelajar dengan kebolehan kreatif melalui penerapan intensif mengenai teknik dan alatan grafik
- Pemahaman pelajar mengenai penggunaan komunikasi visual dalam persekitaran media baharu
- Membimbing pelajar dalam pengurusan proses rekaan kreatif
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pereka Seni Grafik,Animator,Pereka Laman Web,Pengarah Seni dan sebagainya.
SYARAT KEMASUKAN:
- Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit di dalam mana-mana mata pelajaran, lulus Seni atau temuduga untuk ujian melukis oleh CICT
JANGKAMASA: 2 Tahun 8 Bulan / 8 Semester
Kerjaya Sebagai Reka Grafik Berkomputer
KERJAYA
sebagai Seni Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang
menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui
komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan
menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan
bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit
majalah, laman web, brosur dan sebagainya.
Diploma
Seni reka Grafik (Graphic Design) menggabungkan kreativiti dan konsep
di dalam bidang industri rekaan grafik yang berkembang pesat hari ini.
Pelajar akan memperolehi pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk
mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari dari subjek-subjek
berbentuk teori dan prinsip rekaan, teknik lukisan dan ilustrasi,
kemahiran mengendalikan perisian komputer, pengembangan idea, konsep
rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam seni reka grafik.
Seni Reka Grafik berkomputer sesuai bagi:-
Mereka yang berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri
Berkemampuan untuk menggabungkna kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik Berkemampuan
untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka
yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.
Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari teknik lakaran dan
ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke
lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas
rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan
taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik
yang sejajar dengan kehendak industri.
Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan
pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan
dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan
menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk
menghasilkan hasil kerja grafik.
Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan
memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran,
membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan,
peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu
proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan
penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan
menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan
efektif di dalam sesuatu penerbitan.
Rekaan Korporat
Mempelajari
tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum
dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen
penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk
menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa
syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem
identiti korporat mereka.
Prospek Kerjaya
Graduan bereluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Angensi Pengiklanan
- Syarikat Penerbitan
- Syarikat komputer animasi
- Syarikat produksi media baru (New Media)
- Rekaan editorial
- Agensi Penyiaran
- Agensi Kerajaan
- Syarikat pengurus acara (event management) dan pameran (exhibition)
Peluang pekerjaan sebagai:
- Pereka Grafik dan Multimedia
- Jurufoto
- Visualiser dan illustrator
- Perancang Media
- Artis papan cerita
- Pereka Laman Web
- Pereka Grafik Berkomputer
- Illustrator
- Pereka Animasi
- Pereka Dalaman Syarikat