DIPLOMA MULTMEDIA


Diploma Aplikasi Mutlimedia dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pembangunan kandungan multimedia dan aspek kreativiti dalam pengurusan serta penghasilan produk berkaitan dengan multimedia. Pelajar akan mendapat latihan praktikal,kreatif dan kemahiran berkomunikasi dalam merancang rekabentuk dan binaan dalam aplikasi multimedia interaktif. Pelajar akan berpeluang mengaplikasikan pengetahuan menerusi kertas kerja dan latihan praktikal menggunakan pengimejan 2D dan 3D,animasi,digital dan audio.Pelajar turut diberikan kemahiran mengenai prinsip pengurusan dan pembangunan multimedia.

MATLAMAT KURSUS
  • Melahirkan graduan kreatif di bidang multimedia
  • Melengkapkan graduan dengan kepelbagaian pengetahuan disiplin lain dalam penghasilan media yang kreatif
  • Melahirkan graduan yang dapat menyelesaikan masalah kreatif dan mengaplikasikannya dalam kerjaya di masa depan


PELUANG PEKERJAAN
  
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pembangun Multimedia,Pembangun Animasi,Pembangun Laman Web,Pakar Videao dan sebagainya.


SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran

JANGKAMASA: 2 tahun 8 bulan / 8 Semester


PELUANG PEKERJAAN
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pembangun Multimedia,Pembangun Animasi,Pembangun Laman Web,Pakar Videao dan banyak lagi.


Kerjaya dalam Multimedia
Multimedia Kreatif merupakan satu industri yang sangat menarik. Industri ini sentiasa berkembang dan segala perkembangannya sentiasa dinantikan oleh khalayak umum. Kini, industri Kreatif Multimedia semakin membina tapak sebagai salah satu industri paling mendapat perhatian di dunia, dengan prospek pengiklanan, animasi hinggalah ke permainan komputer, penerbitan dan juga media interaktif. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keistimewaan industri Multimedia Kreatif ini terletak pada kebolehannya mengadun teknologi dan seni dengan harmoni di dalam satu industri.

Peluang dalam industri Multimedia Kreatif sangatlah luas, dengan aliran sekarang menjurus kepada perfileman, pembangunan permainan video dalam pelbagai platform, kandungan beranimasi di televisyen, pembangunan aplikasi bimbit untuk peranti Internet mudah alih. Bakat baru sentiasa dinantikan di dalam industri ini dan MSC Malaysia mengalu-alukan setiap minda kreatif untuk mencapai potensi maksimum mereka bersama MSC Malaysia.
Industri Multimedia Kreatif bukan setakat hiburan semata-mata. Segalanya mungkin dengan bantuan MSC Malaysia yang berazam melahirkan pencipta teknologi kreatif bertaraf dunia yang berani menyahut cabaran meneroka industri ini.

Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

  • Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. 
  • Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. 
  • Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.