Diploma Teknologi Maklumat akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan, pembangunan perisian, penyelengaraan sistem komputer dan penyelesaian masalah rangkaian setempat. Program ini juga menyediakan pelajar untuk menceburi bidang kerja yang berkaitan seperti di bidang kejuruteraan dan sains komputer kerana pelajar akan didedahkan kepada kesemua aspek penting di bidang pembangunan perisian seperti JAVA, C#, C++, NET, dan XML.
MATLAMAT KURSUS
- Menyediakan pelajar dengan pemahaman komprehensif serta dapat menerap kemahiran yang berhubung dengan prinsip dan teknik kejuruteraan perisian
- Membolehkan pelajar memilih amalan yang bersesuaian untuk aplikasi rekabentuk dan pembangunan perisian
- Membangunkan para pelajar IT yang profesional, pintar, rajin dan cekap yang boleh menyumbang kepada sektor teknologi maklumat di Malaysia
PELUANG PEKERJAAN
Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pengaturcara, Pembangun Laman Web, Pengurus Pangkalan Data, Eksekutif IT dan sebagainya.
SYARAT KEMASUKAN:
- Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit termasuk Matematik
JANGKAMASA:
8 Semester
Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Pernahkah
anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar
Teknologi Maklumat? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya /
pekerjaan pilihan lepasan graduan Teknologi Maklumat sama ada IPTA atau
IPTS.
Peluang
pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat Pada masa kini permintaan
yang tinggi dalam bidang terknologi maklumat telah membantu ramai
graduan-graduan dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat,
kejuruteraan Perisian dan lain-lain untuk mendapat peluang pekerjaan
dalam sistem maklumat adalah terbaik. Terdapat banyak pekerjaan dalam
sistem maklumat yang boleh dipertimbangkan. Antaranya ialah juruanalisis
sistem, pengurus Web, pentadbir pangkalan data, pengaturcara, pengurus
rangkaian, penulis teknikal dan jurulatih komputer. dibawah saya
sertakan antara bidang-bidang yang menjadi pilihan organisasi dalam
industri IT
Info
kali ini saya akan memperjelaskan 5 kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan
graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS. Mengikut
statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut
melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 – 2007. Oleh itu, ramai di luar
sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan
tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.
Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan],
pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih
lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini
menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains
Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com
tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran
dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut
dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada
graduan IT dan Sains Komputer
(Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).
Berikut adalah 9 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :
1) Juruanalisis Sistem
Pekerjaan ini amat diperlukan dan ia dijangka meningkat dua kali ganda pada tahun 2005.
Antara tugasnya;
- Bekerjasama dengan individu lain dalan organisasi untuk menilai keperluan maklumat.
- Merekabentuk perisian dan perkakasan komputer untuk memenuhi keperluan Melaksanakan sistem maklumat.
2) Pengurus Web
Salah satu perkerjaan terbaru dan mendapat permintaan tinggi.
Antara tugasnya;
- merekabentuk, membina, mengawas dan menilai halaman Web korporat. Kepentingan dan permintaan terhadap pengurus Web akan terus bertambah berikutan perlaksanaan intranet dan extranet dalam organisasi.
- Kemahiran – gabungan antara kemahiran teknik Internet dalam kepakaran merekabentuk susun atur.
3) Pentadbir Pangkalan Data
- Peranannya dalam sesebuah organisasi besar adalah kritikal.
- Bertanggungjwab menstruktur, menyelaras, menggabung dan mengemaskini pangkalan data dalaman.
- Terlibat dalam memilih dan mengawasi pangkalan data luaran termasuk pangkalan data Internet.
4) Pengaturcara
- Satu perkerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Antara Tugasnya;
- merekabentuk perisian baru atau menyemak semula atur cara sedia ada.
5) Penulis Teknikal
Antara Tugasnya;
- menulis penerangan bagaimana aturcara komputer berfungsi.
- Bekerja rapat dengan juruanalisis sistem dan pengguna, untuk mendokumen sistem maklumat dan menghasilkan manual pengguna yang ditulis dengan jelas.
6) Pengurus Rangkaian
- Hampir kesemua sistem maklumat sesebuah organisasi disambungkan ke rangkaian.
Antara Tugasnya;
- Menentukan maklumat sedia ada dan sistem komunikasi beroperasi dengan berkesan, dan melaksana sistem komunikasi baru jika perlu.
- Kepentingan pekerjaan ini dalam kebanyakan organisasi meningkat dengan mendadak setelah Internet memainkan peranan yang lebih besar dalam komunikasi korporat.
- Bertanggungjawab menentukan keselamatan komputer dan rahsian individu.
7) Pereka bentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
- Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi.
- Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia.
- Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.
8) Jurulatih Komputer
- Langkah utama dalam merekabentuk sistem maklumat baru ialah menyedia dan melatih pengguna.
Antara Tugasnya;
- menyediakan kelas latihan untuk pengguna dan memberi peluang mereka menjelajah sistem baru, menanya soalan dan mencuba fungsi umum.
9) Jurutera Rangkaian
- Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.