DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL





Diploma Pengurusan Hotel membangunkan kemahiran dan pengetahuan dalam semua aspek operasi perhotelan. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang aspek teori dan teknikal bagi menyeliakan pelbagai jenis persekitaran hospitaliti. Pengetahuan secara meluas yang ditekankan adalah selaras dengan industri perhotelan kini.

 

MATLAMAT KURSUS
  • Bagi melengkapkan pelajar dengan asas-asas pengurusan hotel serta pengetahuan khusus dalam aspek operasi perniagaan hotel di peringkat antarabangsa seperti 'front desk', perkemasan, makanan & minuman, jualan & pemasaran, persidangan dan katering.
  • Jurusan ini juga melengkapkan graduan memahami pelbagai jawatan dengan kemahiran pengurusan interpersonal, komputer dan teknikal yang merevolusikan kepada industri hospitaliti.
  • Pengetahuan mendalam yang diperolehi membolehkan mereka membina dan memahami aspek-aspek penyeliaan di dalam pelbagai jenis persekitaran hospitaliti.

SYARAT KEMASUKAN
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran

JANGKAMASA: 2 Tahun 8 Bulan / 8 Semester


PELUANG PEKERJAAN
  • Pengurusan Hotel, Wakil Hotel
  • Front Office (Pengurus, Operator, Penyambut Tetamu, Concierge), Houskeeping  ( Pengurus, Penyelia)
  • Penolong Pengurus/Penyelia Restoran atau Makanan & Minuman
  • Eksekutif Jualan & Pemasaran
  • Penyelia & Penolong Pengurus Pusat Persidangan