DIPLOMA SENI KULINARI




Kursus ini memenuhi keperluan pelajar dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi di dalam bidang kulinari yang menekankan kepada kemahiran dan pengetahuan teori. Pelajar mempelajari pelbagai aspek menjalankan dan menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan tempatan, antarabangsa atau masakan ala barat serta perkhidmatan secara komersial. Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi dan penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas keperluan alam kerjaya di dalam bidang hospitaliti serta mengikuti perkembangan semasa industri hospitaliti.


MATLAMAT KURSUS
  • Diploma Seni Kulinari mensasarkan mendidik pelajar berkenaan operasi makanan dan pengurusan yang menggabungkan unsur-unsur kesenian di dalam kulinari serta kemahiran dan latihan secara " hands-on" di dapur pada peringkat profesional. 
  • Jurusan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang melalui perubahan dalam pelbagai jenis lapangan kerjaya kreatif.
  • Ia turut membantu pelajar memperoleh pengetahuan secara khusus dan menekankan kemahiran dan pengalaman dalam bidang kulinari di peringkat antarabangsa mahupun memenuhi kehendak industri kerjaya masa kini.


PELUANG PEKERJAAN
  • Pembantu dan tukang masak di hotel, resort, industri kapal persiaran, hospital, asrama, kedai makan, katering penerbangan dan lain-lain.
  • Chef penyelidikan dan pembangunan.
  • Pengkritik, wartawan atau penulis makanan, perunding dalam pembuatan dan pengeluaran pelbagai jenis makanan berkualiti.
  • Penolong Pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman (F&B).
  • Meraih kerjaya sebagai jurujual atau perunding makanan dan katerer.


SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

JANGKAMASA: 2Tahun 8 Bulan / 8 Semester




Kerjaya sebagai chef. Jika kamu berminat untuk menyediakan makanan sebagai satu karier, terdapat banyak peluang pekerjaan, dan salah satu karier ialah menjadi seorang chef. Seorang chef ialah seorang yang ghairah terhadap makanan, dan melihat orang ramai menyukai makanan masakan adalah kepuasan tertinggi


Apa itu Seni Kulinari?
Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Diploma Seni Kulinari memfokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.


Program ini mempunyai kelebihan yang amat ketara yang tidak terdapat di mana-mana institusi-institusi lain di Malaysia:
  • Pendedahan kepada aspek latihan yang khusus dan agresif 
  • Kurikulum yang mekankan kepasa asas penting dalam bidang kulinari 
  • Membina minat dan ketabahan dalam seni kulinari 
  • Membuka peluang keusahawanan dalam bidang kulinari

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kulinari 
  • Mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawanan 
  • Pelajar yang ingin mengukuhkan diri dengan kemahiran kulinari dalam pelbagai jenis juadah seperti Masakan Melayu, Timur Tengah, Eropah, Cina dan banyak lagi.


DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Membuat Pasta
  • Memperkenalkan teknik membuat dan mencanai dengan menggunakan perkakas yang ditentukan.

Membuat "trussing"
  • Memperkenalkan cara sempurna mengikat ayam yang sudah dipersasakan sebelum ianya dibakar di dalam ketuhar.

Pengurusan Dapur
  • Pendedahkan pelajar kepada teknik-teknik pengurusan dapur, menjadual tugasan dan lain-lain

Keselamatan makanan dan sanitasi
  • Menggarap pelajar dengan teknik-teknik seperti menggunakan pelbagai jenis papan memotong yang mempunyai kod warna berbeza, jangkasuhu berbeza bagi setiap jenis makanan untuk pengendalian selamat, pencegahan pembiakan bakteria makanan dan banyak lagi.

Prospek Kerjaya
Pelajar berpeluang untuk menceburi pelbagai industri seperti:-

- Hotel
- Resort
- SPA
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Bistro
- Katering penerbangan
- Restoran sendiri


Peluang Pekerjaan Sebagai:

- Chef Eksekutif
- Usahawan
- Pengkritik Makanan
- Chef Penyelidikan & Pembangunan
- Chef Khusus
- Chef Selebriti
- Commis
- Katerer