DIPLOMA E - KESETIAUSAHAAN




Diploma E-Kesetiausahaan menyediakan pelajar bagi profesion kesetiausahaan yang memerlukan kemahiran dan kecekapan menyelesaikan masalah dan mentadbir pejabat. Program ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknik komunikasi individu,penulisan laporan,kerja berkumpulan serta pengurusan pejabat. Pelajar akan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dalam pelbagai peringkat pentadbiran di dalam sesebuah organisasi.

MATLAMAT PROGRAM

  • Meningkatkan automasi tugas-tugas kesetiausahaan
  • Menerapkan ilmu,kemahiran dan profesionalisme dalam suasana pejabat eksekutif
  • Melengkapkan pelajar dengan keupayaan dan fungsi sebagai pentadbir
  • Menitikberatkan latihan berdasarkan prosedur asas pejabat,pengurusan rekod,kepelbagaian aplikasi komputer, penulisan dan komunikasi perniagaan,perakunan dan 'keyboarding'.


PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Setiausaha, Setiausaha Sulit, Setiausaha Eksekutif, Pembantu Kesetiausahaan,Pembantu Pentadbiran, Pembantu Peribadi dan sebagainya.


SYARAT KEMASUKAN:
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit di dalam mana-mana mata pelajaran

JANGKAMASA: 2 Tahun 8 Bulan / 8 Semester


HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir kursus pengajian lulusan akan berupaya untuk:

Berupaya untuk:
· Menguruskan dan menyelenggarakan sistem pentadbiran pejabat.
· Menggunakan kemahiran mengambil nota.
· Menyediakan / menaip dokumen perniagaan.
· Menggunakan perisian komputer pejabat.
· Bekerja secara bebas dan proaktif.
· Menangani penerimaan dan penghantaran komunikasi.
· Menggunakan kemahiran interpersonal.
· Berkelakuan mengikut nilai-nilai etika profesion yang telah diterima.
· Menjadi sumber rujukan.
· Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam lingkungan tanggungjawab yang
   ditentukan.
· Menyelaras dan mengurus tugas-tugas pentadbiran pejabat.
· Mengaplikasikan pengetahuan perniagaan dalam persekitaran pekerjaan.
· Bekerja dalam kumpulan.
· Melaksanakan kesinambungan perkembangan personal dan professional secara  
  berterusan
· Menunjukkan kefahaman umum tentang aktiviti perniagaan dan organisasi

KELAYAKAN:
SPM - 3 Kredit ( dalam mana-mana mata pelajaran )

KOLEJ COSSMOPOINT JUGA MEMPUNYAI RAKAN INDUSTRI UNTUK MEMBANTU ANDA MEMBUKA PELUANG MENDAPATAKAN PEKERJAAN SEJURUS TAMAT PEMBELAJARAN.