DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN


Industri pelancongan merupakan antara industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kewujudan Program Pelancongan di peringkat diploma di Kolej ini adalah diharapkan dapat membantu usaha-usaha kerajaan dalam menghasilkan tenaga kerja yang terlatih dan berketrampilan.

 MATLAMAT PROGRAM
  • Kursus ini akan membolehkan pelajar untuk mendalami ilmu industri pelancongan yang menumpukan kepada operasi pelancongan berdasarkan sistem tempahan berkomputer, pemasaran dan pembangunan produk. Program yang ditawarkan selaras industri dan dimanfaatkan di dalam kerjaya profesional.
  • Kursus ini akan membangunkan pelbagai kemahiran pengurusan dalam operasi pelancongan, pemasaran dan pembangunan produk.
  • Menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang mengkhusus terhadap pengurusan operasi atau pemasaran dan pembangunan produk.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap aspek teori, kemahiran penyelidikan dan praktikal yang diperlukan bagi memahami isu di dalam pelancongan. Pengetahuan yang diperolehi pelajar ini adalah bagi menangani dan menghadapi keperluan dan trend sektor pada masa kini.
  • Memastikan pelajar memiliki pemahaman yang meluas agar dapat memainkan peranan yang berkesan di dalam bidang pelancongan di seluruh dunia. Kursus ini juga membolehkan mereka melaksanakan penyelidikan tentang industri pelancongan serta merefleksikan diri kepada seni, budaya dan/atau warisan setempat

PELUANG PEKERJAAN
  • Perunding Pelancong/Tempahan dan Pengurus Tiket
  • Penolong Pengurus Pusat pelancongan 
  • Pegawai Tiket dan Tempahan
  • Operator, Kaunselor atau Pemandu Pelancong    

SYARAT KEMASUKAN: 
  • Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran

JANGKAMASA: 2 Tahun 8 bulan / 8 Semester